JOHANNESBURG: Afrika Selatan dijangka mengadakan pilihan raya umum pada 29 Mei nanti yang bertepatan dengan sambutan 30 tahun kebebasan dan demokrasi negara itu, menurut pejabat presiden pada Selasa.
Dilaporkan bahawa Presiden Cyril Ramaphosa telah pun mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri yang berkaitan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas untuk membincangkan mengenai perkara itu.
Afrika Selatan memperoleh kebebasan pada tahun 1994 selepas berakhirnya sistem apartheid.
Pilihan raya yang pertama diadakan pada tahun 1994, menyaksikan Nelson Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama yang dipilih secara demokrasi.
Pada pilihan raya kali ini, Ramaphosa, 71, dari parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) yang memerintah sejak 1994 dijangka berdepan saingan sengit daripada pembangkang.
Pesaing utama ANC, termasuk Perikatan Demokratik, parti politik kedua terbesar di Parlimen dan parti Economic Freedom Fighters yang ketiga terbesar.
Menurut pakar, ANC turut akan berdepan saingan daripada parti Umkhonto We Sizwe yang baru ditubuhkan.
Parti itu mendapat sokongan bekas Presiden Jacob Zuma yang baru-baru ini mengumumkan tidak akan menyokong ANC.
Berdasarkan tinjauan pendapat oleh Yayasan Penyelidikan Sosial, Umkhonto We Sizwe mampu memperoleh sehingga 24 peratus undi di wilayah kelahiran Zuma iaitu di KwaZulu-Natal, wilayah kedua terpadat di Afrika Selatan.
Bernama
Wed Feb 21 2024
Presiden Ramaphosa telah mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri yang berkaitan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas untuk membincangkan mengenai perkara itu. -Gambar fail/Facebook
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
10 Berita Pilihan - (21 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Pengumuman campur tangan dalam kes ini adalah berikutan perluasan skop dan skala pencabulan Israel terhadap orang awam di Gaza.
45 terbunuh bas jatuh jambatan di Afrika Selatan
Seramai 45 penumpang bas terbunuh dalam nahas apabila bas yang dinaiki mangsa hilang kawalan, jatuh dari jambatan dan terbakar di wilayah Limpopo, menurut Jabatan Pengangkutan negara itu.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Gaza: Afrika Selatan teliti laporan Israel kepada ICJ sebelum ambil langkah susulan
Afrika Selatan sedang meneliti laporan yang dihantar Israel kepada ICJ mengenai langkah bagi mencegah genosid di Gaza sebelum memutuskan langkah seterusnya.
Afrika Selatan bakal adakan pilihan raya umum pada 29 Mei
Presiden Cyril Ramaphosa telah pun mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri yang berkaitan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas untuk membincangkan mengenai perkara itu.
Afrika Selatan anggap Malaysia sekutu penting dalam perjuangkan hak Palestin
Afrika Selatan menganggap Malaysia sebagai sekutu penting dalam memperjuangkan hak Palestin dan menentukan nasib sendiri, menurut Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan ke Malaysia David E. Malcomson.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Afrika Selatan suarakan kebimbangan berhubung serangan Israel di Rafah
Timbalan wakil tetap Afrika Selatan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Marthinus van Schalkwyk pada Selasa menyuarakan kebimbangan berhubung serangan Israel ke atas Rafah.